Sunday, April 26, 2009

~kAmU~

TiMe kCeH sBb aWk m'BhAgiAkN sY..dLm iDoP neH sY rSe B'tUaH sGt dPt KnL nGn aWk.sNtSa WaT Sy ePy n T'sNyM.wLauPon KiTe JauH,Tp aWk SnTsA d Ati Sy..n x aKn sEsEkAliPoN Sy aKn LuPaKn AwK..sYg KamU sGt2

Thursday, April 9, 2009

me =)


nAmA ~ mAiSaRaH bInTi AbDuL aZiZ

tArIkH LaHiR~ 8 JuLai 1986

sTaTuS~ bErKaHwIn

sUaMi~ M2M(aDiE)

aNaK~ aLiSyA NaBiLa

aLaMaT~ kEmAmAn~kAjAnG~kAy TeE~ AmPaNg

DyE ....

LuRvE DiS GuY sO mUcH.....

DiS LuRvE????


i LuRvE DiS(tAq) n I LuRvE u (WjF).....

kEtIkA dAn KaLiMaT......

Tanggal tujuh Januari,hari Rabu. Bermulanya kelas BBM3410 iaitu kelas Bahasa dalam Multimedia. Mula-mula aku masuk ke kelas neh,aku rase gerun sangat. Macam-macam cerita aku dengar daripada pelajar-pelajar senior yang lepas. Tambahan pulak kelas multimedia. Aku neh bukannya pandai sangat hal-hal berkaitan komputer neh. Tue yang wat aku bertambah takut. Kalau sket-sket tue bley lagi,tapi nama pon buta komputer,tentunya aku lembab sket. Hak3.


Masuk ler pensyarah yang akan mengajar kiteorang untuk subjek neh. Namanya DR.Normaliza. Tengok muka cam ok jew, tapi bile dah mula kelas………mak aii. Tuhan jew yang tawu. Betapa kereknya die. Bukan tue jew. Tegas plak tue. Apa yang die cakap sume orang mesti ikut. Tak bleh bantah langsung. Geram betol aku dengan pensyarah yang sorang neh.
Mule-mule tue kiteorang ingat nak gugurkan jew subjek neh. Tapi malangnya subjek neh wajib plak. Kalo tak amek, alamatnya semester akan datang ‘extand’ ler aku. Jumpe lagi nagn pensyarah neh. Alang-alang kena amek gak, elok aku amek ngan kawan-kawan sekali. Sekurang-kurangnya ada pape yang aku tak faham dan tak tahu,bleh aku tanye kawan-kawan. Lagipun dalam kelas,kalau takde kawan-kawan, alamatnya mati kebosanan ler aku. Tambah-tambah dapat plak pensyarah yang ntah pape neh. Banyak songeh plak tue. Lagi aku gerun.


Aku terfikir gak…………macam mana anak-anak die dan senior-senior yang lepas bleh tahan ngan perangai die neh. Jangan-jangan dieorang slalu gak mengumpat pasal pensyarah neh. Haa…kalau nak tahu, kiteorang ade gelaran untuk pensyarah neh. Kiteorang gelarkan die “mama mia”. Hahaha… Satu lagi perangai ‘mama mia’ neh, suka bagi tekanan kat kiteorang. Macam kena dera pun ade aku rase. Nasib baik talian teledera aku tak jumpe cari, kalau tak aku mesti dah telefon.hak,hak….


Neh la pensyarah yang paling kerek pernah aku jumpe. Kejenya asyik ‘mengomen’ ape yang orang buat. Ade saje yang tak kena pada die. Die nak orang ikut ape saje yang di cakap. Tue yang wat kiteorang geram. Dalam kelas langsung tak bleh bercakap. Sebab tak bleh bercakap, kiteorang mesej ler…apelagi. Kalau tak melalui telefon, kiteorang tulis dalam kertas. Pastu kertas tue kiteorang akan pas-pas kat kawan-kawan yang lain. Pastu mule la kiteorang tergelak-gelak dan tersengih-sengih. Haha…


Lagi satu,’mama mia’ neh tak bagi kiteorang salin nota. Ape yang die nak,kiteorang amek gambar. Tak penah dibuat pensyarah lain ape yang die buat neh. Pelik betul. Banyak nota yang kiteorang tak sempat salin. Yela….. mane kiteorang ade kamera. Nak beli tak mampu. Mahal nak mampus. Hehe.. terkasar bahasa plak. Tapi tak pela. Orang lagi suke bace tulisan macam neh.


Pensyarah tue suro gune “handphone” mse amek gambar nota. Ala, tak jelas langsung bile gune “handphone”. Sebab kamera kat “handphone” kualiti die tak elok sangat. Ble zoom………..macam hampeh jew tulisan tue. Kembang semacam. Nak bace pun tak dapat. Sakit hati betul.eiiii…….kelas tue aku rase cam pentas plak. Yela, berkelip-kelip bile sume amek gambar nota. Rase cam aku nak g kat depan jew.biar orang amek gambar. Sebab aku rase pelik jew amek gambar nota. Haha…


Aktiviti pertama yang kiteorang wat dalam kelas. Kiteorang kena wat asas grafik. Asas grafik terdiri daripada warna, keseimbangan, teks, mudah dan kesesuaian. Pensyarah suro kami bawak majalah terpakai, gam, gunting dan mounting board saiz A4. Mounting board plak tak bleh senget-senget. Kalo tak die tak terima. Kena beli yang dah ciap di potong kat kedai. Kalo tak die cakap tak cantik kiteorang potong sendiri. Adoyai…


Macam-macam kerenah ler “mama mia” neh. Tapi sebab die yang akan periksa kiteorang punye keje,nak tak nak kena ler mengikut pape jew yang die suro. Lagipun die berkuasa mutlak atas markah kiteorang. Kalo melawan kang tak pepasal plak dapat telur ayam.kih,kih.. Tue yang wat kiteorang ikut jew ape yang die suro walaupun dalam hati bukan main lagi. Macam-macam dah keluar. Cume tak terluah jew.hahaha……kalo la die bleh bace ape yang kiteorang fikir,aku rase memang dah lame kena halau dari kelas tue.


Aktiviti neh cerewet jugak ler. Kena ciap dalam mase dua jam. Tapi dah “mama mia” bagi penerangan jew dah tiga puluh minit. Jadi waktu yang tinggal cume satu jam tiga puluh minit jew.


Mule-mule kiteorang kena sediakan lima mounting board yang dah siap di potong. Pastu gunting angka dan abjad-abjad yang ade dalam majalah-majalah yang kiteorang bawak tue. Kena cari ikut name, matrik dan nama kumpulan. Pastu, asas-asas grafik cam keseimbangan, warna, teks, mudah dan kesesuaian pun kiteorang kena cari jugak. Gambar-gambar berkaitan ngan tue pun diperlukan. Kiteorang kena tampal gambar-gambar tue pada mounting board.


Pada hari itu jugalah merupakan permulaan kepada episod yang akan memerlukan kiteorang kena berkerja dalam pasukan dan saling bekerjasama serta berkongsi idea dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Ibarat kata Wonderpets” apa yang penting KERJASAMA”.haha…. Menyiapkan tugasan asas grafik itu menuntut kesabaran yang tinggi kerana tulisan untuk menjadi tajuk kepada gambar yang kami pilih tidak boleh ditulis tetapi perlu menggunakan huruf atau perkataan-perkataan yang terdapat didalam majalah tersebut. Leceh betullah.


Majalah kiteorang kebanyakkan berbahasa Inggeris. Ada diantara kami merungut. Tetapi setelah melihat hasil siap pada waktunya iaitu pada masa untuk menyiapkan tugasan hanya berbaki seminit dua, kami sempat senyum puas. “Hei, kita perlu berkejar menghantarnya ke bilik Dr. Semua ahli kumpulan kena pergi.” Kiteorang pun ape lagi,berlari ler……


Ade yang senyum-senyum melihat kiteorang berlari berkejar ke bilik Dr. dari bilik kuliah yang jaraknya tidak sampai sepelaung. Nasib baik sempat. Sesudah hantar kami ketawa lega. Tahniah Phoenix! Dapat A+ untuk tugasan pertama. Dalam hati, kami senyum bangga.


Tugasan yang kedua ialah menghasilkan karangan sepanjang lapan muka surat yang bertajuk ‘Pengaruh Komik di Kalangan Kanak-kanak’. Karangan ini hendaklah menggunakan ayat dan idea sendiri dan dihantar menerusi e-mail kepada Dr. Normaliza. Kumpulan kami iaitu kumpulan Phoenix hanya menghantar sebanyak enam muka surat gara-gara tidak cukup masa untuk menyiapkannya.


Akibatnya, tugasan kami tidak diterima dan perlu disiapkan sehingga lapan muka surat juga! Dah la kami mendapat tawu pada hari yang perlu di hantar. Pening kepala dibuatnya nak mencari idea tentang tajuk yang diberi. Setelah puas memerah otak,akhirnya dapat jugak kami menyiapkan keje yang diberikan. Tugasan ini kami perlu emailkan kepada ‘mama mia’. Ada antara kumpulan yang email mereka tidak diterima oleh pensyarah. Jadi kumpulan mereka tidak mendapat markah. Kesian mereka.


Aktiviti ketiga ialah menghasilkan e-majalah. Pensyarah menyuruh kami membawa pensil warna,pensil dan juga kertas lukisan sebanyak lima helai. Mule-mule kiteorang mesti melipat kertas tersebut kepada dua. kiteorang mesti menulis nombor di hujung bawah sebelah kanan kertas tersebut. Setelah itu, kertas tersebut akan dibahagikan kepada ahli kumpulan.


Kiteorang kena melukis pada kertas tersebut. Dalam kertas tersebut mesti dimasukkan iklan, teka silang kata dan macam-macam lagi. Sama seperti ape yang ada di dalam sebuah majalah biasa. Selepas itu, kami mesti mewarnakan e-majalah tersebut supaya nampak lebih menarik. Yang ini pun kami tak cukup mase nak menghantarnya. Kami terlewat beberapa minit. Sampai kat bilik pensyarah, die plak takde. Adoyai…Spoil btol.


Setelah menunggu beberapa minit, die pun datang. Kami terus memberi kerja tersebut kepadanya. Tetapi tak nak terima. Kiteorang pun tak faham kenapa. Rupanya kiteorang tersilap ‘stapler’. Die suro bkak semula dan ‘stapler’ semula. Dah anta baru ler lega rasenyer. hehe….kami pun balik setelah menghantar tugasan tersebut. Maklum ler….lapo bukan maen lagi. Kelas dari jam lapan pagi sampai jam dua. Langsung takde rehat. Macam-macam lagu dah di keudarakan dalam perutku nie. Nasib ler orang tak dapat dengar. Haha…. Lagu kumpulan Maximus pun ade…pelik????


Manakala, pengalaman yang menarik ialah sewaktu menyempurnakan tugasan simpulan bahasa yang perlu diterjemah melalui gambar yang diambil oleh kami sendiri. Memang klakar gle gambar-gambar yang kiteorang amek. Gambar kaki, tangan dan macam-macam aksi lagi kiteorang wat.


Gambar kiteorang diambil oleh seseorang yang sangat bermakna dalam idopku. Die banyak membantu kiteorang. Mule-mule segan jugak nak berposing depan die. Tapi lame-kelamaan perasaan malu pun hilang. Yang paling manis bagiku ketika gambar kami diambil untuk suatu simpulan bahasa. Aku ingatkan kawan-kawan cume main-main saje. Dan gambar tue hanye untuk simpanan peribadi sebaliknya dieorang betul-betul letakkan gambar kami di dalam slide.


Mase hari presentation, “DUDA” aku terperanjat beruk melihat gambar aku ngan ‘my boy’. Ape die ingat die jew yang laku. Bajet hot ler tue.haha…siap merayu-rayu nak berbaik ngan aku semula. Tapi hatiku dah tawar ngan perangai dan sikap die. Lagi satu aku tawu sebenarnya die malu ngan kawan-kawan sekelas. Sebab aku dah ade orang len. Bagiku,die dah mati dalam hidup aku. Mustahil aku akan berbaik ngan die smula. Menyampah ade ler tengok muke die. Nak berbaik-baik konon. Uwek






Aktiviti seterusnya, kiteorang disuruh mencipta iklan papan tanda untuk mengiklankan barangan yang tidak pernah didengar atau dijual dipasaran iaitu suatu barangan baru. Semua ahli kumpulan kiteorang, macam nak pengsan memikirkan barangan apa yang perlu kiteorang cipta. Seperti biasa jangka masa yang diberikan ialah lebih kurang selama satu jam setengah sahaja iaitu sehingga masa kuliah tamat.


Setelah mencari idea, kami memutuskan untuk mencipta (lakaran) barangan berkaitan aksesori wanita berdasarkan tema ‘Inspirasi dari alam semesta’. Sebanyak enam barangan perlu dihasilkan berserta nama syarikat yang mengeluarkannya. Barangan-barangan yang kiteorang cipta (lakaran) ialah beg yang berbentuk bulan, matahari, komet, bintang, planet dan syarikat yang mengeluarkannya kami namakan, ‘Melastik Bintang’. Lawak gle lakaran kiteorang wat. Mengarut-ngarut jew lakaran tue. Tambahan plak aku neh “sangat pandai melukis”.hee. ..lagi kelam kabut lukisan tue. Tapi dah terdesak punye pasal..hentam jew ler..keh,keh,keh..


Kumpulan kiteorang iaitu Phoenix, setakat ini tidak mengalami masalah dari segi komitmen dan kerjasama. Cuma ada satu hari dimana, seorang dari ahli kumpulan kiteorang tidak hadir kerana menghadiri temuduga. Nasib baik die dah g tawu “mama mia” awal-awal, kalau tak markah untuk kumpulan kami pada hari itu sudah tentu ‘kosong’. Sia-sia jew ler kiteorang datang.


Sepanjang kuliah, hanya dua kali sahaja Dr. Arba’ie masuk mengajar dan memberi kuliah selebihnya adalah Dr. Normaliza. Saya harus akui bahawa semasa Dr. Arba’ie memberikan kuliah penyakit mengantuk saya datang. Pelik. Seharusnya pada waktu itu dan ketika itu minda saya telah diprogramkan untuk tidak berasa mengantuk. Ternyata pengajaran dari dua pensyarah yang berbeza personaliti ini menghasilkan reaksi atau tindak balas yang berbeza kepada diri saya. Mungkin sebab Dr.Arbaie jenis yang cool jew, manakala Dr.Normaliza tawu-tawu jew ler…agresif. Kalo tak kiteorang tak plak gelarkan die “mama mia”….keh,keh…


Tugasan terakhir yang kiteorang kena wat dalam kelas Dr.Normaliza ialah melawat rumah anak-anak yatim. Tapi bukan sekadar melawat saje. Kiteorang kena wat aktiviti supaya dieorang hepi dan sentiasa akan mengingati kami sampai ble-ble. Pastu kena amek gambar aktiviti yang kiteorang wat termasuk jugak ngan video. Sebab nanti kiteorang kena present. Wakaka…kiteorang g Kompleks Kebajikan Rukaiyah(KKR). Kompleks neh terletak di Kajang. Kumpulan kiteorang bergabung ngan kumpulan Wonderpets. Kumpulan kiteorang paling last g rumah anak yatim neh. Haha..macam-macam halangan kiteorang kena tempuh. Yela….ade sorang tue wat macam-macam perangai. Kiteorang ape lagi. “hot temper” betol ngan minah sorang neh.eiii…nasib ler ko bukan adik aku. Kalo tak aku cekik-cekik ko.kih,kih,kih….


Jumlah keseluruhan anak-anak yatim yang menghuni KKR tak ramai. Lebih kurang 23 orang sahaja. Ini kerana rumah anak-anak yatim ini baru sahaja ditubuhkan. Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang kami berada di KKR. Antaranya ialah gotong-royong, senaman pagi, latihan tatabahasa, tayangan multimedia dan permainan bola beracun.


Tapi bagi aku paling best bile makan. Nyum,nyum…yummy. Walaupun makanan yang kiteorang bawak tue biase jew, tapi bile makan beramai-ramai……rase makanan tue jadi len… sedap gle wa cakap lu….


Ade satu perkara aku tak bley lupe. Ade sorang budak ingat aku dah kawen dan hamil. Kah,kah,kah….Sebab die tengok cincin yang aku pakai dan baju yang aku pakai mase tue agak besar. Jadi gaya perempuan hamil tue nampak jugak ler. Kawan- kawan sume gelakkan aku. Kuang asam betol dieorang neh…tapi aku pun tergelak jugak. Aku mengiakan jew kate-kate budak tue. Die siap pegang perut aku lagi nak memastikan aku betul-betul hamil. Aku pun mule ler berlakon. Pegang perut dan berjalan perlahan-lahan. Same cam perempuan hamil. Memang die percaye habis aku memang hamil =P. wakaka…seronok betul memainkan orang neh…


Walaupun penat kerana seharian di rumah anak-anak yatim yang diisi dengan pelbagai aktiviti tetapi pengalaman ini amat menyeronokkan. Rasa belas-kasihan saya terhadap mereka meninggi dan membuatkan saya hampir menangis. Pengalaman ini juga telah menjadi tapak kepada saya untuk mengukur diri. Saya bersyukur kerana kedua ibu dan bapa saya masih ade. Pengalaman ini membuat saya insaf dan menjadikan saya lebih bersyukur dengan apa yang saya miliki.



Haa…..tadi pasal kuliah, skunk pasal kelas amali plak…Kelas amali selama dua jam bermula pada minggu ketiga kuliah. Kelas amali ini akan menyumbang sebanyak 30 peratus daripada markah keseluruhan dan ianya adalah markah individu. Dua orang dari kumpulan Phoenix mengambil kelas amali yang dikendalikan oleh Cik Nurul pada setiap hari Rabu, jam lima petang. Manakala yang selebihnya termasuk saya mengambil kelas pada setiap hari Khamis, jam lapan malam hingga jam sepuluh malam yang dikendalikan oleh Cik Aliaa.


Saya masih ingat lagi pada hari pertama kelas tutorial. Kami datang awal sebab takut kerana telah diingatkan oleh rakan-rakan lain tentang kegarangan dan keseriusan Cik Aliaa. Perasaan takut dan berdebar dalam hati semakin memuncak apabila bertemu sendiri Cik Aliaa di dalam makmal komputer.


Pada malam itu, dua orang pelajar kelas saya didenda berdiri di hadapan kelas kerana lewat. Cik Aliaa mengingatkan kami bahawa pentingnya menepati masa. Jadi, berdiri didepan kelas adalah pengajaran untuk mereka dan tauladan untuk kami. Nampaknya selepas ini jangan ada yang cuba-cuba datang lewat. Cik Aliaa neh anak kepada Dr.Normaliza. Padan ler perangai lebih kurang jew. Mak dan anak same jew. Garang betul mase mule-mule tengok die. Kiteorang ingat nak amek kelas Cik Nurul, tapi dah penuh..hurm….


Tugasan pertama untuk kelas amali ialah kami diminta untuk membuat sebuah persembahan multimedia secara individu yang tajuknya dipilih sendiri oleh kami tetapi perlu mendapat persetujuan daripada Cik Aliaa dahulu. Kami diberi masa untuk memikirkan tajuk dan tajuk-tajuk tersebut tidak boleh sama dengan pelajar lain iaitu pelajar daripada kelas amali lain hatta pelajar di dalam kelas amali yang sama. Pening! Seksa! Tuhan, Bantu saya untuk berfikir secara waras dan menghadapi Cik Aliaa yang garang. Saya berdoa dalam hati. Saya takut itu yang pasti.


Tajuk pertama saya ditolak oleh Cik Aliaa. Katenye tajuk tanah runtuh tue dah ade pelajar kelas petang wat. Mampos ler kalo nak kire cam tue. Kiteorang bukan sekelas pun. Adoyai…ni yang wat aku tambah pening. Kerenah mak dah tentunye aku kena tempuhi,neh kerenah anak plak…terasa mase sungguh lambat berlalu..Dua jam bagaikan dua tahun dalam lab tue. Akhirnya aku wat tajuk yang memang orang len tak akan wat. Nak tawu tajuk ape…………’pengguguran janin’. Amek ko,nak sangat tajuk yang orang tak penah wat..huhu…


Tugasan neh amek mse tiga minggu untuk disiapkan. Tiba ler hari penilaian akan dibuat. Berdebor juge rasenye. Alhamdulillah. Sumenye berjaln ngan baik. Slide dan lagu ok. Tapi yang paling best ade orang muntah tengok aku punye slide.haha..pdan muke ko. Tapi aku sendiri pun tak selera makan sebenarnya ble teringatkan gambar-gambar sal pengguguran janin tue. Menjijikkan. Ade tue wat sup lagi ngan janin tue. Uwek……


Minggu berikutnya, kami ditugaskan untuk membuat sebuah kalendar meja menggunakan perisian Adobe Photoshop. Yang nie paling mencabar minda. Empat minggu kiteorang diberi mase untuk menyiapkan Kalendar nie termasuk print. Harganye bleh tahan. Rm27 untuk satu Kalendar meja. Tugasan ini berat juga kerana memerlukan ketelitian dan sudah tentu kesabaran. Saya pula sibuk dengan kertas projek dan tugasan-tugasan subjek lain. Sudahnya, kalendar tersebut saya buat sambil lewa sahaja dan sekadar siap. Hasilnya tentu saja tidak memuaskan. Siap kena tegur dengan Cik Aliaa lagi. Tapi tak mengapa memang salah saya.


Ade sekali tue saya tak datang sebab nenek saya meninggal. Cepat-cepat saya bagitau kat Cik Aliaa. Nasib die memamhami..Mse tue persepsi saya terhadap die dah berubah sket. Cik Aliaa lebih memahami dan saya rase seronok nak menghadiri kelas amali tue. Kalo nak tawu, name saya same ngan name adik Cik Aliaa. Name bertuah ler katekan…keh,keh.keh…


Selepas empat minggu berturut-turut menyiapkan kalendar, tugasan amali seterusnya ialah mencipta ‘website’ atau laman sesawang. ‘Website’ ini adalah berkisar tentang diri sendiri. Jadi, tema yang diberikan agak mudah kerana dekat dengan diri sendiri. Tempoh penyempurnaan tugasan ini adalah selama tiga minggu.


Saya menyiapkan tugasan ini dengan segera. Saya lega kawan-kawan dan yang tersayang tidak pernah lupe memberi sokongan dan dorongan kepada saya. Waktu melepak ngan kawan-kawan pun terpakse dikurangkan. Apalagi ngan yang tersayang. Die pun sibuk dengan kerja-kerja di pejabat dan kolej. Nak jumpe memang jarang ler..tapi tiap-tiap malam die akan kol dan bagi kate-kate semangat pada saya.sibuk macam mane pun,kami dah janji takkan melupakan satu sama len. Insyaallah. Saya sayang awak sangat-sangat…Aduhai, semester ini benar-benar menguji daya tahan diri terhadap tekanan dan desakan masa yang suntuk. Perlu bertahan untuk beberapa minggu sahaja lagi. Saya memujuk diri.


Seterusnya, Cik Aliaa memberi kami tugasan yang terakhir untuk subjek ini iaitu penghasilan ‘blog’. ‘Blog’ saya yang saya namakan ‘bermula disini. Saya wat tentang tokoh yang bername Dr.Sharifuddin.Beliau adalah pensyarah kanan di Jabatan Bahasa Melayu yang pakar dalam bidang sosiolinguistik. Penjelasan biodata dan ceritanya yang lebih lanjut boleh dilihat di ‘blog’ saya melalui http://www.adiesara.disinibermula.blogspot.com/


Amali dah abes.....yeaa....Walaupun Cik Aliaa garang tetapi saya sebenarnya menyanjungi dan menghormatinya.Dr.Normaliza dan Cik Aliaa sebenarnya sangat baik. Mereka sebenarnya ingin mendidik kami supaya menepati waktu dan menyiapkan kerja secepat yang boleh. Banyak yang saya perolehi sepanjang belajar di bawah mereka berdua. Sampai bila-bila pun saya takkan melupakan mereka. Individu yang saya anggapkan kerek rupenye insan yang membentuk jati diri dan semangat kerja berpasukan di dalam diri saya. Saya betul-betul rase terharu dan sedih memikirkan tiada lagi kelas bersama mereka. Disini saya mengucapkan ribuan terima kasih atas tunjuk ajar mereka selama neh dan saya sayang Dr.Normaliza dan Cik Aliaa=’) ………….





JADUAL TENTATIF PROGRAM LAWATAN KEBAJIKAN’09
TARIKH MASA
PERKARA
PENGLIBATAN
6/3/09 (JUMAAT)
10.00 pagi
· Ice- Breaking
· Minum Pagi
· Motivasi
· Gotong – Royong

AJK dan anak-anak yatim
2.00 t/hari
· Makan Tengah Hari
· Solat Zohor
AJK dan anak-anak yatim
3.00 petang
· Latihan dalam kumpulan
· Sukaneka

AJK dan anak-anak yatim
4.30 petang
· Minum Petang
· Solat Asar
AJK dan anak-anak yatim
5.00 petang
· Penyampaian Hadiah
· Penyerahan Cenderahati
· Bersurai
AJK dan anak-anak yatim